Menu
Home
Post Something
Forums
Current Activity
New posts
Search forums
What's new
New posts
Latest activity
News & Features
The Marketplace
Cars for Sale
Engine and Performance
Chassis and Wheels
Exterior and Body
Interior and Cockpit
ICE - In Car Entertainment
Car Shops and Services
Toys and Wares
All Other Stuff
Jobs and Vacancies
Looking For
Members
Log in
Register
What's new
Search
Search
Search titles only
By:
Current Activity
New posts
Search forums
Menu
Log in
Register
Reply to thread
See what others are reading now! Try Forums >
Current Activity
Home
Forums
Main Forums
General Talk
Skyline or 350Z
JavaScript is disabled. For a better experience, please enable JavaScript in your browser before proceeding.
You are using an out of date browser. It may not display this or other websites correctly.
You should upgrade or use an
alternative browser

Message

NISSAN Fairlady 350Z mungkin Porche 911 versi Jepun. Ia mempunyai hampir semua yang ditawarkan kereta sport mewah nombor satu itu, sama ada gaya, kuasa dan kejituan kejuruteraan kecuali kehebatan jenama dan harganya yang separuh daripada Porche 911.

Memang, Nissan tidak mengeluarkan Fairlady 350Z untuk jumlah jualan yang besar, tetapi ia penting kerana model itu dan satu lagi model lagenda Nissan, Skyline GT-R adalah wadah untuk mengangkat martabat Nissan. Kedua-dua model ini memperjelaskan keupayaan Nissan mengeluarkan serangkaian lengkap kenderaan bermotor sama ada kenderaan murah atau paling berprestasi tinggi.

Sementara menunggu model terbaru GT-R Proto untuk kembali menemui peminat setia pada pertengahan 2007, Fairlady 350Z menjadi pertaruhan Nissan untuk terus mengujakan peminat kereta sportnya. Sebagai pengeluar automotif global, Nissan mempunyai produk bagi setiap segmen pasaran, sama ada kereta penumpang dijadikan kenderaan harian atau van berkos rendah untuk peniaga kecil, mahupun kereta sport bagi golongan berada.

Dengan keupayaan sebegini, dapat kita lihat Nissan menjadi pengeluar yang berwibawa dan fokus. Ia dapat mengeluarkan produk khusus untuk setiap segmen pasaran, bukannya seperti sesetengah pengeluar kereta yang mahu mengeluarkan kereta sports untuk seluruh rakyat.

Memang bagus jika dapat mengeluarkan kereta sports, tetapi pasaran untuk kereta seperti ini adalah khusus (kerana rekaan dan fungsinya tidak boleh diterima semua orang) dan pengeluar automotif menghasilkannya bagi membina imej. Pengguna mahukan kereta yang sporty (ada sentuhan sports) tetapi praktikal untuk digunakan sebagai kenderaan harian.

Di rantau sebelah sini, Fairlady 350Z lebih popular dalam varian dua tempat duduk, sementara di pasaran paling larisnya di benua atas angin (Amerika Syarikat), ia dikenali Infinity 350Z dalam varian 2+2 (dua pintu). Tidak kira dalam apa varian sekalipun, kereta ini memperjelaskan satu maksud iaitu kejituan kejuruteraan automotif yang dizahirkan menerusi sebuah kereta yang cukup bergaya dan bertenaga.

Memandu varian biasa Fairlady 350Z sudah cukup membuatkan kita merasai sepenuhnya `kelazatan' pemanduan, apatah lagi memandu varian yang dipertingkatkan dengan sentuhan talaan Nismo, bahagian pengeluaran komponen sports Nissan, biasanya untuk perlumbaan. Justeru, apabila memandu jentera yang sangat berkuasa ini, memandu di lebuh raya terasa kurang mencabar. Selagi wujud keberanian, mesin beroda empat ini patuh mengikut kemahuan. Kotak gear automatic dengan tiptronik memudahkan lagi pengendalian hingga setiap selekoh dilayan dengan begitu mudah.

Dalam arena perlumbaan, seperti siri perlumbaan Japan GT umpamanya, kelibat Fairlady 350Z cukup digeruni pelumba. Enjin VQV6 yang dipasang pada model ini pernah dianugerahkan sebagai Enjin Terbaik Dunia 2004 oleh Ward's Auto World selama 10 tahun berturut-turut.

Selain di jalan biasa, kami pernah mencuba varian Nismo 350Z di litar perlumbaan Twin Ring Motegi, Tokyo, Jepun. Walaupun saya bukan pemandu profesional, tetapi kemantapan jentera ini menyuntik keyakinan yang sukar hendak difahami.

Bahagian dalaman jentera sports ini menampilkan rekaan papan pemuka yang ringkas `minimalis', tidak seperti papan pemuka yang dipenuhi pelbagai meter dan tolok macam kereta Wira dan Kancil yang sering kita nampak terhengut-hengut di jalan. Kerusi bucket bersalut fabric selesa akan mendakap pemandu dan penumpang dengan selesa ketika jentera ini beraksi.

Nissan membangunkan jentera ini dengan wajah aerodinamik meliputi bahagian hadapan dengan lampu depan xenon moden selain kombinasi bahagian belakang dipertingkatkan dengan pemecah angin serta sistem perendam bunyi dua lubang.

Sentuhan S-Tune Kit Nismo pada model ini mempertingkatkan penampilannya sebagai jentera sport berprestasi tinggi. Antara penambahan untuk kemantapannya termasuk sistem suspensi S-Tune, pemecah angin belakang dan sistem penstabil S-Tune.

Di sebalik wajahnya yang hebat, Fairlady 350Z dipadankan dengan enjin 3.5 liter DOHC 24 Injap Enam Silinder V dengan Kawalan Injap Sentiasa Berjujukan (CVTC).

Ketika memandunya di lebuh raya, kelajuan 180 km/j dicapai dengan mudah dan ketika jarum meter mencecah 220 km/j, dapat dirasakan enjin ini langsung tidak keletihan, cuma jantung kita yang semakin kencang. Jika mahu lebih laju, sudah tentu tidak ada masalah. Kelajuan maksimum terpapar di papan meter model ini ialah 260 km/j. Ikutkan hati binasa!

Untuk pengendalian baik di laluan berselekoh jentera ini dipadankan dengan sistem suspensi sport serta rim aloi bersaiz 18 inci dengan padanan tayar 225/45R18 91W yang memberikan cengkaman lebih baik termasuk Sistem Brek Anti Kunci Empat Roda (ABS) Brembo, Edaran Daya Brek Elektronik (EBD) dan Sokongan Brek (BA).

Fairlady 350Z memang tidak dapat menandingi kehebatan kepopularan Porche 911, tetapi jika dibuat perbandingan langsung (dua kereta tanpa jenama), mungkin ramai akan bersetuju 350Z lebih cantik dan paling penting bagi pembeli yang tidak pentingkan jenama, 350Z adalah belian yang lebih berbaloi.

SPESIFIKASI

MODEL: Nissan Fairlady 350Z

ENJIN: DOHC, 24 Valve V6

SESARAN: 3,498 cc

KUASA MAKSIMUM: 206kW(280bhp)/6,200 rpm

TORK MAKSIMUM: 363Nm(37.0 kg-m)/4,800 rpm

SISTEM TRANSMISI: Automatik lima kelajuan dengan pilihan manual

HARGA ATAS JALAN: RM571,875.74 (varian standar) RM624,595.74 (dengan Nismo kit)

Fairlady 350Z direka pasukan Nissan Z sebagai sebuah kereta sport dua pintu dengan pakej perlumbaan hebat terutama dari aspek luaran aerodinamik serta padanan enjin berprestasi tinggi.

Kereta ini melalui proses ujian ketat termasuk terowong angin untuk memastikannya tidak memiliki kecacatan dalam merentasi angin pada kelajuan tinggi.

Untuk menjadikannya lebih eksklusif, Fairlady 350Z dipadankan dengan kemasan aluminium pada panel pintu, meter, lubang penyaman udara dan tombol gearnya, selain dilengkapi sistem audio yang bertenaga, penyaman udara dan beberapa ruang untuk meletakkan barang..

Enjin VQV6 yang dipasang pada model ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 206kW(280PS) pada 6,200 rpm dan tork maksimum 363Nm (37.0 kg-m) pada 4,800 rpm.

[QUOTE="SKYBLUEV6, post: 1756997, member: 16729"] NISSAN Fairlady 350Z mungkin Porche 911 versi Jepun. Ia mempunyai hampir semua yang ditawarkan kereta sport mewah nombor satu itu, sama ada gaya, kuasa dan kejituan kejuruteraan kecuali kehebatan jenama dan harganya yang separuh daripada Porche 911. Memang, Nissan tidak mengeluarkan Fairlady 350Z untuk jumlah jualan yang besar, tetapi ia penting kerana model itu dan satu lagi model lagenda Nissan, Skyline GT-R adalah wadah untuk mengangkat martabat Nissan. Kedua-dua model ini memperjelaskan keupayaan Nissan mengeluarkan serangkaian lengkap kenderaan bermotor sama ada kenderaan murah atau paling berprestasi tinggi. Sementara menunggu model terbaru GT-R Proto untuk kembali menemui peminat setia pada pertengahan 2007, Fairlady 350Z menjadi pertaruhan Nissan untuk terus mengujakan peminat kereta sportnya. Sebagai pengeluar automotif global, Nissan mempunyai produk bagi setiap segmen pasaran, sama ada kereta penumpang dijadikan kenderaan harian atau van berkos rendah untuk peniaga kecil, mahupun kereta sport bagi golongan berada. Dengan keupayaan sebegini, dapat kita lihat Nissan menjadi pengeluar yang berwibawa dan fokus. Ia dapat mengeluarkan produk khusus untuk setiap segmen pasaran, bukannya seperti sesetengah pengeluar kereta yang mahu mengeluarkan kereta sports untuk seluruh rakyat. Memang bagus jika dapat mengeluarkan kereta sports, tetapi pasaran untuk kereta seperti ini adalah khusus (kerana rekaan dan fungsinya tidak boleh diterima semua orang) dan pengeluar automotif menghasilkannya bagi membina imej. Pengguna mahukan kereta yang sporty (ada sentuhan sports) tetapi praktikal untuk digunakan sebagai kenderaan harian. Di rantau sebelah sini, Fairlady 350Z lebih popular dalam varian dua tempat duduk, sementara di pasaran paling larisnya di benua atas angin (Amerika Syarikat), ia dikenali Infinity 350Z dalam varian 2+2 (dua pintu). Tidak kira dalam apa varian sekalipun, kereta ini memperjelaskan satu maksud iaitu kejituan kejuruteraan automotif yang dizahirkan menerusi sebuah kereta yang cukup bergaya dan bertenaga. Memandu varian biasa Fairlady 350Z sudah cukup membuatkan kita merasai sepenuhnya `kelazatan' pemanduan, apatah lagi memandu varian yang dipertingkatkan dengan sentuhan talaan Nismo, bahagian pengeluaran komponen sports Nissan, biasanya untuk perlumbaan. Justeru, apabila memandu jentera yang sangat berkuasa ini, memandu di lebuh raya terasa kurang mencabar. Selagi wujud keberanian, mesin beroda empat ini patuh mengikut kemahuan. Kotak gear automatic dengan tiptronik memudahkan lagi pengendalian hingga setiap selekoh dilayan dengan begitu mudah. Dalam arena perlumbaan, seperti siri perlumbaan Japan GT umpamanya, kelibat Fairlady 350Z cukup digeruni pelumba. Enjin VQV6 yang dipasang pada model ini pernah dianugerahkan sebagai Enjin Terbaik Dunia 2004 oleh Ward's Auto World selama 10 tahun berturut-turut. Selain di jalan biasa, kami pernah mencuba varian Nismo 350Z di litar perlumbaan Twin Ring Motegi, Tokyo, Jepun. Walaupun saya bukan pemandu profesional, tetapi kemantapan jentera ini menyuntik keyakinan yang sukar hendak difahami. Bahagian dalaman jentera sports ini menampilkan rekaan papan pemuka yang ringkas `minimalis', tidak seperti papan pemuka yang dipenuhi pelbagai meter dan tolok macam kereta Wira dan Kancil yang sering kita nampak terhengut-hengut di jalan. Kerusi bucket bersalut fabric selesa akan mendakap pemandu dan penumpang dengan selesa ketika jentera ini beraksi. Nissan membangunkan jentera ini dengan wajah aerodinamik meliputi bahagian hadapan dengan lampu depan xenon moden selain kombinasi bahagian belakang dipertingkatkan dengan pemecah angin serta sistem perendam bunyi dua lubang. Sentuhan S-Tune Kit Nismo pada model ini mempertingkatkan penampilannya sebagai jentera sport berprestasi tinggi. Antara penambahan untuk kemantapannya termasuk sistem suspensi S-Tune, pemecah angin belakang dan sistem penstabil S-Tune. Di sebalik wajahnya yang hebat, Fairlady 350Z dipadankan dengan enjin 3.5 liter DOHC 24 Injap Enam Silinder V dengan Kawalan Injap Sentiasa Berjujukan (CVTC). Ketika memandunya di lebuh raya, kelajuan 180 km/j dicapai dengan mudah dan ketika jarum meter mencecah 220 km/j, dapat dirasakan enjin ini langsung tidak keletihan, cuma jantung kita yang semakin kencang. Jika mahu lebih laju, sudah tentu tidak ada masalah. Kelajuan maksimum terpapar di papan meter model ini ialah 260 km/j. Ikutkan hati binasa! Untuk pengendalian baik di laluan berselekoh jentera ini dipadankan dengan sistem suspensi sport serta rim aloi bersaiz 18 inci dengan padanan tayar 225/45R18 91W yang memberikan cengkaman lebih baik termasuk Sistem Brek Anti Kunci Empat Roda (ABS) Brembo, Edaran Daya Brek Elektronik (EBD) dan Sokongan Brek (BA). Fairlady 350Z memang tidak dapat menandingi kehebatan kepopularan Porche 911, tetapi jika dibuat perbandingan langsung (dua kereta tanpa jenama), mungkin ramai akan bersetuju 350Z lebih cantik dan paling penting bagi pembeli yang tidak pentingkan jenama, 350Z adalah belian yang lebih berbaloi. SPESIFIKASI MODEL: Nissan Fairlady 350Z ENJIN: DOHC, 24 Valve V6 SESARAN: 3,498 cc KUASA MAKSIMUM: 206kW(280bhp)/6,200 rpm TORK MAKSIMUM: 363Nm(37.0 kg-m)/4,800 rpm SISTEM TRANSMISI: Automatik lima kelajuan dengan pilihan manual HARGA ATAS JALAN: RM571,875.74 (varian standar) RM624,595.74 (dengan Nismo kit) Fairlady 350Z direka pasukan Nissan Z sebagai sebuah kereta sport dua pintu dengan pakej perlumbaan hebat terutama dari aspek luaran aerodinamik serta padanan enjin berprestasi tinggi. Kereta ini melalui proses ujian ketat termasuk terowong angin untuk memastikannya tidak memiliki kecacatan dalam merentasi angin pada kelajuan tinggi. Untuk menjadikannya lebih eksklusif, Fairlady 350Z dipadankan dengan kemasan aluminium pada panel pintu, meter, lubang penyaman udara dan tombol gearnya, selain dilengkapi sistem audio yang bertenaga, penyaman udara dan beberapa ruang untuk meletakkan barang.. Enjin VQV6 yang dipasang pada model ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 206kW(280PS) pada 6,200 rpm dan tork maksimum 363Nm (37.0 kg-m) pada 4,800 rpm. [/QUOTE]
Insert quotes…
Verification
Post reply
The Marketplace Latest
Honda Integra DC2 Type R Original Blue Tag
Started by
aycy
Cars for sale
original rare Rays Volk Racing CE28 17x8jj offset...
Started by
david tao
Chassis and Wheels
Evasive EVS Tuning Carbon Body Kit Honda Civic Type...
Started by
aycy
Exterior and Body
Mugen MS-C Full Bucket Seat Civic Type R FL5 FK8
Started by
aycy
Engine and Performance
Boost Logic Boostlogic Oil Cooler Kit R35 GTR GTR35
Started by
aycy
Engine and Performance
Linney IHI 800WHP Turbo Kit R35 GTR35 GTR
Started by
aycy
Engine and Performance
Varis R35 GTR GTR35 Front Bumper
Started by
aycy
Exterior and Body
HKS Spec R Titanium Exhaust with Y pipe R35 GTR GTR35
Started by
aycy
Engine and Performance
2016 BMW 120i LCI M Sport F20 1.6 Auto
Started by
aycy
Cars for sale
GR Yaris H&R Front Rear Anti Roll Bar
Started by
aycy
Chassis and Wheels
Posts refresh every 5 minutes
Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia - Double wins for Yazid and Ochiai at Sepang!
It was an action-packed day at Round 4 of the 2016 Lamborghini Blancpain Super Trofeo Asia series. The...
Mazda RX-7 gets sideways with a Ninja ZX10
It’s one of those scenarios that you always wondered about but never really got the chance to see played out. Sure cars going sideways are a thing of art but even their two-wheeled counterparts can get that back end...
The hunt for 3rd Gen CT20B Turbo
Hi everyone,
Just want to share my hunt for the elusive CT20B...
What a journey, it has been and still cannot find.
It all started with a little white smoke coming out from the ekzos and then reading about in on...
Recent Posts
Looking for 2.5-16 cosworth halfcut for 190E
Started by
Tuanku.J
Euro
Thrills and Spills at Zhuhai: Porsche Carrera Cup Asia Rounds 3 & 4 Recap
Started by
The_Mechanic
News and Features
Proton Records High Demand for S70 with 1 Unit Booked every 4 minutes
Started by
The_Mechanic
News and Features
Toyota Malaysia Enters Regional GT Racing with TGR Racing Malaysia
Started by
The_Mechanic
News and Features
Home Win and Double Podium for Akash Nandy at Sepang Season Opener
Started by
The_Mechanic
News and Features
Search
Online now
Enjoying Zerotohundred?
Log-in
for an ad-less experience
Home
Forums
Main Forums
General Talk
Skyline or 350Z